Sunday, December 27, 2009

Madeehah menginjak usia 1 tahun..


Pejam pelik sudah setahun anak ibu..kejap je rasanye masa..langsung tak sedar yang anak ibu dh besar rupanya..gigi pun dah ada 4 batang, 2 atas dan 2 bawah..dan yang pastinya banyak aksi dan aktiviti yang dibuatnya..sampai pening kepala ibu..madeehah tengah berusaha untuk berjalan tapi masih gayat2..maybe dia tak berani nak berdiri sendiri..kalau nak bangun mesti berpaut pada sesuatu..baru boleh bangun..takpe..teruskan usaha yer sayang..ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak ibu..jom tgk gambar terbaru madeehah..








ni senarai aktiviti terkini madeehah yang selalu buat kepala ibunya 'pusing';-
1) Madeehah nie rajin orangnya..bila ibu nak lipat kain, dia pun sibuk nak tolong..siap masuk 'landing' dalam raga lagi..poning..poning..sekarang ibu dah cari alternatif lain..kalau nak lipat kain kena tggu dihah tido dulu..baru line clear..tp masalah skrg dihah dah jarang tido..banyak main..any suggestion????
2) Suka mengamuk..bila time mengamuk dihah suka hempas badan tanda protes..kadang2 ibu buat tak tahu je..tp kebanyakkan ibu mesti pujuk..tak sampai hati tgk anak menangis..
3) Makanan favourite dihah adalah roti or biskut..apa2 jenis tak kisah asalkan sedap..tapi kalau bagi biskut coklat mmg teruk sangat jadinya..abis comot..
4) Tak suka minum air masak..kl bagi minum mesti dihah akan sembur balik..ish..ish..ish..
5) Suka menjerit..mengada-ngada sgt ibu tgk..nak minta perhatian la konon..kalau tak dapat apa yang dia nak memang kuatla dihah menjerit..
6) Sekarang dihah dah pandai masuk dapur..abis tupperware ibu dihah punggah..abi janji nak beli safety gate..susah nak masak kalau dihah asyik masuk dapur..
7) and lastly, dihah ni suka memanjat atas ibu..kalau ibu tgh baring mesti dihah akan naik atas badan ibu pastu dia senyum macam bestla konon..ish..ish..ish..takpe la sayang..






Sunday, October 18, 2009

hanya untukmu sayang..

IBU SAYANG KAMU..

Seawal pagi lagi, tepat jam 1.00 pagi, ibu jadi tidak keruan. Sakit yang semakin kerap ibu rasai sudah tidak tertanggung rasanya..Ya Allah..macam ni rupanya sakit bersalin..tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..Hampir 10 jam melawan kesakitan dan akhirnya ibu selamat melahirkan kamu, anakku..Jiwa ibu benar-benar terkejut dan kagum dengan anugerah yang tiada tolak bandingnya..Inilah suara hati ibu untuk mu sayang..dan izinkan ibu bertutur tentang dirimu, nak. Kepada semua orang, ibu ingin bercerita tentang betapa kelahiranmu amat dinantikan oleh ibu dan abi..kelahiranmu membawa sinar kebahagiaan dalam hidup kami... Engkaulah belahan jiwa dan dirimu jua ibu dapat belajar tentang makna ikhlas dan sabar, anakku !..Tepat jam 10.15pagi, 26 November 2008..Ya Allah, amanahMu telah lahir untuk menyapa dunia..Ini ibu, sayang ! marilah, agar dapat kau hirup air susu beraroma syurga, anakku. Akan ibu tawarkan pula cintanya seorang bonda. Esak tangismu terdengar sungguh indah, nak..seperti bayi-bayi lainnya. Gerakan bola matamu seakan seia dengan gembira ibu, anakku !..Kudakap dirimu, biar dapat aku alirkan kekuatan cintanya seorang ibu. Sehari ke sehari dan hampir melangkah setahun..dirimu mulai terlihat gagah. Lihatlah, engkau mulai belajar menapak meskipun penuh payah. Melangkahlah terus sayang, walau goyah. Ucapkanlah kata yang kau boleh, kerana ibumu bahagia mendengarnya. Tataplah dunia dengan matamu yang bundar itu..keletahmu benar-benar membuatkan ibu gembira..Alhamdulillah...Syukur tak henti ibumu ucapkan kepada Allah. Begitu banyaknya orang yang menyayangimu, anakku..dan ibu percaya hanya cinta yang dapat mengikat hati-hati kita..Dan di setiap saat ibu tatap wajahmu ketika lelap. Perlahan, ibu ciummu dengan mesra. Tak lupa ibu bersyukur melihat dirimu kian membesar. Kehadiranmu semakin mengisi setiap sudut hati ibumu. Melahirkan kasih putih yang berlimpah ruah. Menciptakan rasa cinta yang begitu menghairah. Kepada Allah jua kumohonkan doa, agar Allah selalu menjaga dirimu, sayang ! Buah hati ibu..SELAMAT MELANGKAH KE USIA SETAHUN..dan ketahui IBU SANGAT SAYANG KAMU..

Wednesday, September 9, 2009

Kehidupan & Kenangan

Sekian lama..akhirnya dapat juga masa untuk update blog..semenjak bertukar bahagian ke unit tort ni memang kerja tak berhenti-henti datang..ini la pemandangan biasa bagi sesiapa yang pernah mengendalikan kes kemalangan..cuma di bahagian ini saya menguruskan kemalangan yang meilbatkan kenderaan kerajaan dengan pihak awam..macam2 kerenah orang saya jumpa di sini..cuma sabar sahaja yang dapat menjadi benteng kemarahan saya..bukan senang untuk buat orang lain faham dengan kerja kita..Ramadhan pun dah hampir ke penghujung...sekarang saya sibuk dengan persiapan raya untuk famili..budget pun kena buat juga..bukan apa takut nanti terlebih budget juga..mudah-mudahan Allah melimpahkan rezeki-Nya kepada kami sekeluarga..sekian lama saya mula menyedari yang kehidupan berkeluarga ini penuh dengan liku dan ranjau..sebagai seorang isteri dan ibu saya tertanya samada saya sudah melaksanakan tugas saya dengan baik..melihat wajah anak yang semakin membesar membuatkan saya rasa tenang..tiada apa yang lebih penting selain melihat anak ibu membesar dengan sihat..31 Ogos yang lepas saya menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua..sekejap saja masa berlalu..rasa macam baru semalam kami berkahwin..dan tahun ini kehidupan kami suami isteri diserikan dengan kehadiran Madeehah Zahraa..permata hati pengarang jantung kami..sedikit kenangan sewaktu majlis perkahwinan kami..
1) Tarikh;
Kami bernikah pada 31 Ogos 2007..kami sengaja memilih tarikh ini sebab kononya satu malaysia akan meraikan perkahwinan kami..hehehe..lagi pun senang nak ingat..masa ini saya masih lagi di tahun akhir pengajian..kira macam kahwin gantung la..lepas tu majlis di kedah pada 6//12/2007 dan di perak 25/12/2007.
2) Baju Kahwin;
Baju akad nikah memang kami upah untuk dijahit..baju yang simple tapi menarik..untuk kenduri pula kami sepakat untuk menyewa baju..tapi untuk memastikan keselesaan bersama kami mengambil keputusan untuk design baju yang baru dan kami orang yang pertama memakai baju tersebut..simple tapi yang penting kami berpuas hati.
3) Majlis kenduri;
Majlis di kedah memang meriah..al-maklumla ini kenduri yang pertama dan mama memang berhempas pulas memastikan semua perancangan berjalan lancar..
4) Kad jemputan;
Design yang simple dan murah..memang saya yang berkehendakkan macam itu..pada saya tak guna beli yang mahal sebab saya tahu orang pasti akan buang kad tu..bermodalkan RM800 saya berjaya menempah kira 1000 kad jemputan..
Semua kenangan ini tak dapat saya lupakan sampai bila-bila..terlalu banyak dugaan yang kami tempuh untuk sampai ke tahap ini..apa yang saya harapkan mudah-mudahan kebahagian ini berkekalan sehingga ke syurga..amin!!

Thursday, July 16, 2009

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Hari ini rindu saya semakin kemuncak..saya rindukan husband saya yang pagi tadi outstation ke Penang..saya rindukan anak saya yang berada di rumah yang dijaga oleh adik saya..saya rindukan mama & ayah saya yg berada di kampung..saya rindukan kawan-kawan saya yang sentiasa bersama saya waktu susah & senang..saya rindukan ombak laut yang tenang dan pandangan matahari yang terbenam..semua itu mendamaikan saya..saya rindukan cikgu-cikgu & pensyarah saya yang pernah mengajar saya sehingga saya berjaya menjadi orang yang berilmu..saya rindu untuk belajar semula..saya rindukan kehidupan yang sentiasa aman damai..dan yang pasti sekali..saya rindukan Zat yang telah mencipta dan memberikan nafas untuk saya hidup..Allahhu Karim..

Tuesday, July 14, 2009

Rezeki..


Selain daripada berusaha dan bertawakkal, kita juga amat dianjurkan untuk selalu berdoa dan memohon kepada Allah. Berikut adalah doa-doa murah rezeki yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita mengamalkannya:
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku.”

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak meminta)
kepada selain-Mu”.

(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi)

Monday, July 13, 2009

kembali terjalin..sandarkan pada kenangan

Dah lama tak update blog..dah macam blog 'usang'..bukan apa semenjak pulang dari kursus banyak kerja yang tertangguh..pastu sibuk dgn perpindahan ke bangunan baru..skrg Jabatan Peguam Negara dah berpindah ke presint 4..dekat sikit dgn rumah..cuma 10 minit jer..dalam sibuk2 mengemas fail nie.. saya teringatkan sahabat saya Mariana Mat Kudin..saya dijemput hadir ke walimah dia pada 18/7/2009..dan malangnya saya tak dapat hadir..hubby outstation..agak sukar untuk saya bergerak dgn madeehah tanpa suami disisi..madeehah skrg dah pandai berpusing2..susahla kalau takde bantuan dari suami..buat sahabat saya mariana..Selamat Pengantin Baru..semoga berbahagia dunia & akhirat..macam nie kehidupan saya selepas berkahwin..saya rindukan sahabat2 yang sama2 berkongsi masalah, suka & duka bersama..saya rindukan suasana belajar dulu..suasana kelam kabut buat assignment sampai tak tidur malan gara2 buat assignment last minit..suasana sibuk bertanyakan soalan 'spot' bila nak dekat exam..(ni adalah contoh pelajar yang tak bagus sebab suka study last mint tapi alhamdulillah berjaya jgk graduate dgn 2nd class upper)..masa tu mmg rasa tension..tapi semua tu adalah kenangan manis yang tak dapat dilupakan..betul kata seorang sahabat saya..bila kita dah bekerja kita pasti akan merindui saat2 belajar..dan skrg saya mengakui katanya..saya rindukan semua kenangan tersebut..arrhhhh..saya tension dgn kerja..saya rasa mcm nak lari dari semua kesibukan ini..
Pejam celik rupanya dah nak dekat penghujung rejab..dah yang pasti ramadhan akan menjelma..saya rindukan kenangan berbuka puasa bersama ayah, mama & adik2..saya rindukan suasana sahur kami sekeluarga..saya masih ingat bila time sahur..mama akan bawa 1 cawan berisi air & mama akan percikkan air ke muka kami adik beradik..mmg automatik akan terbangun dgn jayanya..walaupun dah berginjak dewasa mama masih menggunakan cara yang sama..sepanjang saya bersama keluarga (sebelum berkahwin) saya tak pernah menyediakan makanan untuk bersahur..mama yang akan bangun sediakan semua..mama kata kalau tunggu kakak (panggilan untuk diri saya di rumah) mmg tak bersahurla adik2..hehehe..al-maklumla kalau dah tido mmg 'syahid'..tapi bila dah berkahwin semua saya kena buat sendiri..i really want to go back to the past..i miss all those memories..huhuhu..
Yang paling best waktu berbuka puasa..semua akan ambil 'port' masing2..semua ada tempat masing2..mmg penuh meja makan dgn 7 kerusi (setiap kerusi ada trademark masing2)..mmg riuh rendah panggil adik2 yang tgh melepak dlm kelaparan di depan TV..tapi sekarang semua kerusi2 tu dah takde penghuni..kalau penuh dalam 3 kerusi sbb skrg kami semua tinggal berjauhan dgn keluarga (kerana komitmen kerja & belajar) kecuali adik bongsu yang masih bersekolah darjah 4 yang tinggal bersama2 mama & ayah..sedih bila mengenangkan semua tu..saya masih ingat semasa saya menuntut di KUSZA Terengganu..setiap hari di bulan puasa saya akan call mama bertanyakan juadah yang dimasak untuk berbuka puasa..mmg meleleh juga air mata..sbb mama selalu akan mengelak dari menjawab pertanyaan saya kerana tak sampai hati..sobb.sobb..huhuhu..sedih... Tahun ini adalah Raya kedua saya beraya sebagai seorang isteri dan ibu kepada madeehah (tahun lepas saya tgh sarat mengandung)..tahun lepas tak boleh nak melaram baju baru..sebab semua tersangkut kat 'perut'..tak maut..baju yang ada cuma jubah & baju mengandung jer..tahun nie kami dah bertiga..so bolehla cari baju baru untuk melaram..hehehe..yang paling best tahun nie adalah giliran untuk beraya di Kedah (kampungku tercinta..cewah..)..mudahan2 semua urusan dipermudahkan..dan kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan dijauhi dari segala perkara yang tak diingini..nie ada gambar Raya 2008..masa nie beraya di Perak..saya tgh sarat sangat..

*gambar nie saya baru dapat masa balik bercuti minggu lepas..


Tuesday, June 2, 2009

Sedih & luluhnya hatiku...


Sedih..luluh..kecewa..rindu..dll..bermacam2 perasaan bermain di jiwa ku skrg..menghitung hari demi hari untuk meninggalkan madeehah di Kg kerana aku 'terpaksa' menghadiri kursus (kalau tak pegi lambat la aku nk sah dlm jawatan) dari 10/6/2009 - 25/6/2009 di ILKAP Bangi..bagaimana la aku nak teruskan hari2 kursusku tanpa madeehah disisi..tak boleh nak banyangkan mcmne..meninggalkan dia seketika di rumah pengasuh pun aku dh rasa rindu sampai nk buat keje pun susah..ishhkk2..sedihnya..
Untuk seketikanya aku teringat berita2 yg menyayat hati tentang manusia yg kejam sanggup membuang & membunuh anak..sanggup meninggalkan anak tanpa sebarang perlindungan..takkan la takde langsung rasa kasih & sayang dalam diri mereka..aku rasa pelik betul..sedangkan aku sendiri rasa macam ditikam2 jer dada bila mengenangkan anak takde depan mata..semasa aku mula bekerja & meninggalkan madeehah di rumah pengasuh..aku akan pastikan aku akan kol pengasuh n bertanyakan keadaan madeehah..bukan tak percaya..cuma kdg2 aku tak dapat nak buang perasaan was2 dgn org..especially kalau org tu bukan di kalangan 'safety zone' aku..tapi skrg aku dah dapat terima semua tu..
Mudah2han Allah akan memudahkan segala urusanku..apa yg aku harapkan sekarang tempoh kursus ku berjalan dgn baik tanpa sebarang masalah dan madeehah sentiasa sihat sepanjang ketiadaan ku..hanya doa shj yg aku mampu aku panjatkan..aku pasti rindukan madeehah & semoga ia tak akan melemahkan semangat aku untuk berjuang demi masa hadapan keluargaku..Amin!!